Friday, February 25, 2011

Lompat tinggi

PERATURAN

Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga. Ia adalah salah satu acara padang yang memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak.
Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang diletakkan. Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang. Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut, maka dia dikira gagal. Para peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut.

GAYA-GAYA

Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentum tegak yang akan menaikkan badan peserta melepasi palang. Oleh itu, penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat tinggi. Gaya-gaya lompat tinggi yang biasa digunakan oleh peserta ialah gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana, dan gaya Fosbury Flop.
Dalam abad ke-19 , peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput dengan menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara membelakang. Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para peserta. Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop telah berjaya mencatatkan rekod dalam acara lompat tinggi. Biasanya atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai.

2 comments: